Barca Hampir Dapat Coutinho

Diterbitkan: Rabu, 9 Ogos 2017 8:01 AM

Philippe Coutinho

(Ubah saiz teks)

BARCELONA dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani Philippe Coutinho dari Liverpool.

ESPN Deportes melaporkan Barcelona akan membayar pendahuluan sebanyak £81.6 juta sementara tambahan €30 juta jika yuran meningkat kepada £108.8 juta.

Pemain berusia 25 tahun itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Sepanyol dan spekulasi telah meningkat selepas jualan rekod dunia kelab tersebut yang menyaksikan Neymar berpindah ke PSG.

Pendirian Liverpool kekal bahawa Coutinho tidak akan dijual musim panas ini, tiga tahun selepas Luis Suarez meninggalkan The Reds untuk menyertai Barcelona.

Bagaimanapun Coutinho dilaporkan telah memberitahu pengurus Jurgen Klopp bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu ketika beberapa pengarah dari Barcelona tiba dari England.

Sementara itu menurut The Mail perjanjian itu mungkin mencapai £100 juta sambil menamakan Oscar Grau, Raul Sanllehi dan Javier Bordas sebagai tiga pegawai Barcelona yang terbang ke England untuk urusan pembelian Coutinho.

Tags / Kata Kunci: Philippe Coutinho , Jurgen Klopp

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan