Mourinho Belum Mengalah

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 7:28 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menegaskan beliau akan terus berusaha mendapatkan khidmat Gareth Bale jika pemain sayap Real Madrid itu disisihkan daripada kesebelasan utama dalam pertemuan Piala Super Eropah antara Manchester United dan pasukan Sepanyol itu.

Bale diangkat sebagai pemain termahal dunia apabila menyertai Madrid dari Tottenham Hotspur dengan perpindahan bernilai 85.5 juta pound sterling.

Kedudukannya di Santiago Bernabeu agak samar susulan dihimpit kecederaan pada kempen musim lalu yang menyaksikan dia tidak disenaraikan dalam skuad utama menentang Juventus pada aksi final Liga Juara-Juara.

Jelas Mourinho, beliau akan menganggap ketiadaan bintang Wales itu sebagai satu petanda bahawa Bale ada harapan untuk dibawa masuk ke Old Trafford.

"Jika dia tiada dalam perancangan kelab, saya akan cuba menunggunya dan bersaing dengan jurulatih lain yang mahukannya bersama kelab mereka. "Jika dia bermain esok, saya tidak akan fikir mengenainya kerana dia dalam perancangan jurulatih dan juga kelab. Dia juga ada motivasi untuk kekal bersama Real Madrid," kata Mourinho.

United telah menandatangani kontrak bersama penyerang Romelu Lukaku, pemain tengah Nemanja Matic dan pemain pertahanan Victor Lindelof pada musim panas ini dengan perbelanjaan sekitar 146 juta pound sterling.

Malah, tiga pemain itu masih belum mencukupi kerana Mourinho mahu membawa masuk seorang lagi pemain baharu untuk membantu United menghadapi saingan musim akan datang.

Piala Super Eropah merupakan satu-satunya trofi yang belum dimenangi Mourinho sebagai jurulatih selepas pasukan yang dikendalikannya iaitu Porto (2003) dan Chelsea (2013) tewas kepada lawan masing-masing.

United turut gagal memenangi trofi itu sejak 1991 dan Mourinho menyifatkan pasukannya sebagai underdog jika dibandingkan dengan Real Madrid.

"Kami akan cuba tetapi perbezaan antara juara Liga Juara-Juara dan pemenang Liga Europa amat ketara. Terdapat perbezaan yang besar dari segi kualiti tetapi tiada apa yang mustahil," katanya.

Pada masa sama, Mourinho turut menyatakan kebimbangan mengenai cuaca panas di ibu negara Macedonia sehingga memaksa penganjur kejohanan, UEFA untuk menyembur air di tengah padang semasa pertemuan itu nanti.

Tags / Kata Kunci: Gareth Bale , Jose Mourinho

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan