'Jika Barca Mahukan Anda, Anda Patut Pergi'

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 8:09 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Liverpool, Philippe Coutinho tidak boleh menolak sewenang-wenangnya perpindahan ke Barcelona pada musim panas ini, demikian menurut bekas pemain bola sepak, Ian Wright.

Kelab gergasi Sepanyol itu terus berusaha untuk mendapatkan Coutinho selepas kehilangan khidmat Neymar yang berhijrah ke PSG.

Neymar menyertai PSG dengan rekod perpindahan dunia bernilai 198 juta pound sterling.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp mengesahkan bintang Brazil itu bukan untuk dijual.

Namun Wright percaya Coutinho tidak sepatutnya menolak peluang beraksi bersama kelab Catalan itu sekiranya bidaan telah dikemukakan.

"Saya tidak kata mereka mahukannya bagi menggantikan Neymar kerana saya tidak fikir dia bukan pemain sebegitu. Namun jika mereka mahukan anda, anda patut pergi.

"Itu satu impian. Coutinho pemain menakjubkan dan dia boleh pergi ke tahap tertinggi. Anda tidak boleh tolak tawaran itu," katanya.

Timbul khabar angin bahawa Coutinho bersedia berpindah ke Nou Camp sekiranya kontrak itu dimuktamadkan secara baik.

Pada masa Coutinho juga dikatakan berat hati untuk meninggalkan Anfield selepas melihat kesungguhan Klopp yang mahu mengekalkan khidmatnya.

Tags / Kata Kunci: Philippe Coutinho , Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan