Kalau Bukan Pemain Kedah, Amirul Hisyam Ada Cita-Cita Lain

Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 11:56 AM

Amirul Hisyam

(Ubah saiz teks)

LAHIR daripada sebuah keluarga yang 'tak senang', membuatkan Amirul Hisyam Awang Kechik mengambil langkah bijak dalam menguruskan kehidupannya sendiri.

Pemain tengah skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan memberitahu, bergelar pemain bola sepak telah banyak membantu meningkatkan taraf hidupnya.

Jelas anak bongsu daripada enam beradik ini, keluarganya banyak memberi sokongan sepanjang bergelar pemain bola sepak sehingga berada di tahap sekarang.

"Saya rasa kalau sekarang saya bukan menjadi pemain bola sepak kebangsaan, saya mungkin akan jadi askar.

"Minat nak jadi askar sejak kecil lagi. Mungkin sebab saya orang kampung," jelas pemain berusia 22 tahun kelahiran Pendang, Kedah ini.

Nama Amirul bukanlah baharu dalam dunia bola sepak remaja kebangsaan memandangkan karakter lincahnya sudah dicungkil sejak zaman persekolahannya lagi.

Bermula 2012, dia dipanggil menyertai skuad Harimua Muda C, dan dua tahun kemudian dinaikkan ke pasukan B.

Sebelum itu dia juga telah mewakli kebangsaan bagi skuad Bawah 17.

Hasil kerjayanya sejak usia muda, Amirul berjaya mengumpul wang dan membeli sebuah aset untuk masa depannya.


Rezekinya semakin bertambah apabila bakal menerima wang bonus dan insentif daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas skuad B-22 layak ke saingan akhir Piala AFC tahun depan.

"Duit itu nanti saya buat apa yang patut. Simpan, tolong keluarga dan nak baiki rumah saya di Alor Setar.

"Tahun lepas saya ada beli rumah sendiri," ujarnya yang mengakui sudah mempunyai buah hati.

Dalam pada itu, Amirul yang bakal tampil kali kedua beraksi pada Sukan SEA bermula 14 Ogos ini bertekad untuk memberi yang terbaik di tempat sendiri.

"Saya mahu bantu skuad negara layak ke pusingan akhir dan merangkul pingat emas untuk negara.

"Selain itu, Amirul yang juga antara 'ayam tambatan' Kedah yakin pasukan negerinya itu akan tamat saingan Liga Super di tempat kedua.

"Baki perlawanan ada lagi tiga. Sekarang ni kami di tempat kedua. Jadi harap-harap kami akan kekal hingga ke perlawanan akhir liga," ujarnya yang suka makan nasi ayam.

Tags / Kata Kunci: Amirul Hisyam Awang Kechik

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan