Bapa Bola Sepak Johor Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 7 Ogos 2017 11:02 PM

Foto Facebook Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Bapa Bolasepak Johor, Datuk Suleiman Mohd Noor, 88, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ, Isnin malam.

Berita kematian bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu disahkan oleh Johor Southern Tigers menerusi laman Facebook.  

"Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor, Bapa Bolasepak Johor yang telah meninggal dunia sebentar tadi.   

"Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah," menurut laman sosial rasmi JDT itu.  

Allahyarham difahamkan meninggal dunia pada 7.50 malam ketika menerima rawatan dialisis di hospital berkenaan.  

Berita kematian beliau turut disahkan bekas pemain kebangsaan negara Hassan Miskam yang juga bekas pemain skuad Johor dan pemain kebangsaan era 80-90an.  

Turut bersedih atas kehilangan ikon prolifik bolasepak Johor itu, bekas pemain berusia 49 tahun itu menyifatkan pemergian Suleiman sebagai satu kehilangan besar bagi dunia bola sepak negara.  

Hassan Miskam berkata, beliau mengetahui berita kematian tokoh berkenaan menerusi teks WhatsApp dari  penolong jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Ismail Ibrahim.  

"Allahyarham seorang yang serius apabila berada di padang bola dan selalu memberi semangat kepada kami pemain. Meskipun pada ketika itu sukar dapat penaja, tapi kami sentiasa bersemangat untuk buat yang terbaik," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun di luar padang, Allahyarham dihormati kerana sifatnya yang suka bergurau dan dianggap seperti bapa kepada pemain-pemain.  

"Bila Johor menang Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1985, beliau boleh dianggap sebagai antara penggerak kepada kejayaan itu.  

"Jasa beliau terlalu besar kepada bola sepak Johor sehingga tiada perkataan yang boleh menggambarkan betapa besar pengorbanannya pada skuad Johor," kata bekas penjaga gol kebangsaan itu.  

Hassan merupakan pemain skuad Johor dari tahun 1987 sehingga 1993 dan pernah bermain dengan skuad kebangsaan beberapa tahun termasuk mewakili negara ketika Sukan SEA 1991.  

Pada tahun 1991 juga, skuad bola sepak Johor menjadi pasukan pertama yang mendapat gelaran berganda setelah memenangi Piala Malaysia dan Juara Liga di bawah pengurusan Allahyarham Suleiman.  

Allahyarham juga pernah diberi penghormatan merasmikan pusat latihan tertutup JDT yang dinamakan Pusat Latihan Tertutup Datuk Suleiman Mohd Noor di Padang Seri Gelam, Johor Bahru bagi menghargai jasanya dengan skuad Johor pada April tahun lepas. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan