TMJ Kurang Setuju FMLLP Hentikan Sementara Liga M

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 7:15 PM

Tunku Ismail bertemu skuad B-22 dan pemain futsal Sukan SEA 2017 di ibu negara pada Ahad. foto RICKY LAI/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata Liga Malaysia  tidak sepatutnya dihentikan bagi memberi laluan kepada skuad Bawah 22 (B-22) negara menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Hanya negara kita sahaja yang menghentikan perjalanan liga semata-mata bagi memberi laluan kepada skuad muda negara berbanding negara lain namun mereka masih boleh meneruskan aksi liga seperti biasa dan itu adalah pandangan saya," katanya pada sidang media, di sini Ahad.

Sehubungan itu Tunku Ismail mencadangkan agar pentadbir Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan FAM berbincang mencari penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang.

Terdahulu, Tunku Ismail  menghadiri perjumpaan dengan skuad B-22 negara yang turut disertai skuad bola sepak wanita, skuad futsal lelaki dan wanita negara, Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi serta Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Media sebelum ini melaporkan bahawa FMLLP mengambil keputusan untuk menangguhkan saingan Liga Malaysia buat sementara bagi memberi laluan kepada ketua jurulatih skuad B-22  negara, Datuk Ong Kim Swee membuat persediaan untuk menghadapi acara bola sepak Sukan SEA 2017.

Acara bola sepak dijadualkan dari 14 hingga 29 Ogos ini.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor turut mengulas isu jadual perpindahan pemain yang disifatkannya kurang sesuai sehingga menyebabkan pasukan membeli pemain yang kurang berkualiti.

“Kami perlukan beberapa bulan untuk kaji perkara ini namun kita boleh lakukan sekarang dan mungkin memperoleh penyelesaian pada mesyuarat exco akan datang,” katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail , FAM , FMLLP

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan