JDT Kini Fokus Kepada Piala Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 8:06 PM

Ulisses Morais.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) kini mengalihkan fokus kepada usaha untuk memenangi Piala Malaysia buat pertama kali selepas mengekalkan kejuaraan Liga Super bagi musim keempat berturut-turut.

Ketua jurulatihnya, Ulisses Morais berkata kemenangan yang menaikkan moral itu mendorong  pemain untuk mencipta kemenangan serupa dalam kempen Piala Malaysia pula.

"Kemenangan ini telah meningkatkan keyakinan pemain dan kami berharap dapat bermain cemerlang dan jika boleh, memenangai Piala Malaysia yang merupakan satu lagi pertandingan penting buat kami,” kata Morais pada sidang akhbar selepas perlawanan Liga Super menentang Selangor di Stadium Selayang di sini malam Sabtu.

Walaupun mereka tewas 1-2 kepada Selangor, JDT tetap muncul sebagai johan Liga Super dengan kelebihan 11 mata mengatasi seteru mereka, Kedah, dengan tiga perlawanan masih berbaki.

Morais berkata, “sekalipun kami telah memenangi kejuaraan Liga Super, pemain tidak akan  bermain  sambil lewa dalam tiga perlawanan itu, kerana perlawanan tersebut adalah juga penting.” - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JDT , Piala Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan