Tiga Pemain Bakal Ganti Neymar

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 8:14 AM

Ernesto Valverde. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

BARCELONA nampaknya bersiap sedia untuk membuat perjanjian dengan pemain baharu bagi menggantikan Neymar yang melengkapkan perpindahan bernilai £198 juta (RM1.1 bilion) ke Paris Sain-German (PSG) pada minggu ini.

Bintang Liverpool, Philippe Coutinho, Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund dan pemain pertahanan Real Sociedad, Inigo Martinez merupakan antara pemain yang dikehendaki kelab gergasi di Sepanyol itu sehingga tingkap perpindahan ditutup.

Memetik akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo, Barcelona bersedia untuk menandatangani ketiga-tiga pemain itu apabila pengurusnya, Ernesto Valverde mahu membina semula skuadnya pada musim baharu ini.

Neymar mencatatkan rekod dunia menerusi perpindahannya dari kelab Barcelona ke PSG pada musim panas ini, apabila menjadi pemain paling mahal.

Beliau akan menerima bayaran lebih £500,000 (RM2.81 juta) seminggu bagi pendapatannya sahaja di Paris, dan tambahan kepada pengiklanan dan penajaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan