FAM Suntik Tonik Buat Skuad B22 Hadapi KL2017

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 4:28 PM

PRESIDEN FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyampaikan ucapan kepada pegawai serta pamain pasukan bola sepak dan futsal Sukan SEA 2017 pada 6 Ogos 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 22 Tahun (B22) kebangsaan bakal menerima habuan lumayan berikutan kejayaan mara ke Pusingan Akhir Piala AFC 2018.

Berita gembira itu disampai sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Ahad.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swe itu bakal menerima RM25,000 setiap seorang hasil wang sumbangan RM4 juta daripada Sultan Johor Sutan Ibrahim Sultan Iskandar kepada FAM Selasa lalu.

Sebelum ini, FAM telah mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM6,000 setiap pemain atas kejayaan ke China pada Januari depan.

Ia sekali gus memberikan tonik tambahan untuk skuad Kim Swee memberikan persembahan lebih baik pada temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) bermula 14 Ogos ini bagi acara bola sepak.

"Terpulang kepada pencapaian pingat emas. Sudah tentu saya akan bagi lebih lagi (insentif). 

"Kalau membanggakan negara, insya-Allah ada rezeki sudah tentu kerana mereka memang layak mendapatnya," jelas Tunku Ismail selepas perjumpaan bersama pasukan bola sepak dan futsal KL2017.

Jelas Tunku Ismail, beliau yakin semua pemain akan memberi persaingan yang baik.

"Saya sangat realistik dan tidak akan cepat menghukum pasukan kebangsaan serta tidak mudah hilang harapan.

"Saya yakin negara lain juga melakukan persiapan terbaik. Thailand pasukan kuat, Indonesia juga melakukan persiapan terbaik.

"Semangat bermain di tempat sendiri pastinya lain. Saya tidak mahu letak harapan tinggi tetapi menjangkakan semua pasukan (bola sepak lelaki dan wanita, futsal lelaki dan wanita,) memberi komitmen seratus peratus," ujarnya.

Tunku Ismail juga memberitahu, kilauan emas tetap menjadi sasaran untuk KL2017.

"Sasarannya adalah emas dan aksi yang terbaik. Tetapi saya tidak mahu kita kecewa dan sebagainya jika tak mencapai sasaran.

"Saya juga tidak mahu nilai pemain mahupun pengurusan disebabkan perkara itu. 

"Apa yang saya pentingkan kejayaan jangka panjang. Saya akan menilai mungkin tempoh empat tahun akan datang," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: FAM , Tunku Ismail Sultan Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan