Coutinho Selangkah Ke Camp Nou

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 9:27 PM

(Ubah saiz teks)

PHILIPPE Coutinho bakal diumumkan sebagai pemain baharu Barcelona pada Selasa.

Keyakinan itu disuarakan Barca selepas Liverpool dipercayai sukar untuk menolak bidaan sebanyak 90.2 juta pound sterling terhadap Coutinho.

Barca menyegerakan rundingan untuk mendapatkan penyerang baharu selepas Nyemar berhijrah ke PSG dengan rekod perpindahan dunia bernilai 198 juta pound sterling.

Selepas bidaan pertama ditolak, Mundo Deportivo melaporkan Coutinho hanya 48 jam sahaja lagi untuk berpindah ke Camp Nou jika segalanya berjalan dengan lancar.

Coutinho sentiasa menjadi sasaran Barca dan pada masa sama Liverpool enggan kehilangan pemain kelahiran Brazil itu.

Namun Liverpool dilaporkan bakal memperoleh tawaran tambahan bernilai 18 juta pound daripada kelab gergasi Sepanyol itu sekali gus menjadikan Coutinho sebagai pemain Liga Perdana Inggeris paling mahal setakat ini.

Pemain berusia 25 tahun itu turut dilaporkan bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama Barca dan hanya menunggu masa untuk berlepas ke Sepanyol bagi menjalani pemeriksaan kesihatan jika Liverpool memberi lampu hijau kepadanya.

Tags / Kata Kunci: Philippe Coutinho , Barcelona

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan