Terengganu Hampiri Liga Super

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 2:22 PM

PEMAIN Terengganu Gabriel Davis Das Santos cuba menjaringkan gol ketika menentang Kuantan FA pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur pada 4 Ogos 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Terengganu semakin hampir menempah tiket ke Liga Super musim depan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Kuantan FA 3-0 pada saingan Liga Premier di Stadium Darul Makmur di sini, Jumaat malam.

Pengendalinya Irfan Bakti Abu Salim berkata, bagaimanapun pasukan kendaliannya tidak boleh leka kerana persaingan merebut dua slot teratas liga pada musim ini masih terbuka.

"Persaingan merebut dua tempat teratas liga masih terbuka kepada Terengganu, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan PKNP FC.

"Perjalanan jauh lagi dan kita sekurang-kurangnya perlu menang dua kali baharu boleh sah untuk naik.

"Saya yakin dengan kemampuan pemain untuk melakukannya dan sebelum itu kita akan rehat satu bulan dengan membuat persiapan rapi," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Mengulas tentang aksi malam tadi, Irfan Bakti berkata anak buahnya dilihat keletihan dan lambat panas walaupun berjaya mencatat kemenangan.

"Pada separuh masa pertama kami bernasib baik kerana mendapat gol pertama walhal Kuantan FA begitu banyak menyerang tetapi gagal memanfaatkannya.

"Ia juga seperti gol semangat apabila mereka berjaya bangkit untuk menang dengan jaringan 3-0," katanya menurut Bernama.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kuantan FA Zulhamizan Zakaria berkata pasukannya dihukum dengan kekalahan ekoran membuat satu kesilapan.

"Kita cipta tujuh hingga lapan peluang untuk menjaringkan gol tetapi bila berlaku satu kesilapan kita dihukum dengan gawang dibolosi.

"Apa pun saya tetap berbangga dengan pemain Kuantan FA walaupun kami berada di pihak yang tewas.

"Mungkin 'nasib baik' untuk menjadi juara itu ada pada Terengganu malam ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Terengganu , Liga Perdana

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan