Conte Mula Cuak!

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 7:20 AM

Antonio Conte

(Ubah saiz teks)

KECEWA dengan 'gangguan' terhadap rancangan perpindahan Chelsea dan tekanan hebat pesaing, Antonio Conte mengakui musim ini akan menjadi yang paling sukar dalam kerjayanya.

Baru tiga bulan lalu Conte tersenyum ketika dia diberi penghormatan di Stamford Bridge kerana membantu kelabnya meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Tetapi kenangan indah itu telah dibayangi dengan masa depan Chelsea yang masih samar, sekali gus mengganggu pemikiran pengurus Chelsea itu yang bakal bertemu Arsenal untuk Piala Perisai Komuniti di Wembley.

Conte terganggu oleh ketidakupayaan Chelsea untuk mendatangkan sasaran pemindahan utamanya seperti Romelu Lukaku, Alex Sandro dan Leonardo Bonucci.

Menjadikan langkahnya lebih buruk, Lukaku berpindah ke Manchester United, sementara bos Manchester City, Pep Guardiola telah menghabiskan lebih dari £200 juta untuk pemain baru.

Ditambah isu kontrak barunya dan perselisihan dengan penyerang Chelsea, Diego Costa, tidak hairanlah mengapa bekas bos Juventus ini menilai cabarannya sebagai yang paling menakutkan di saat dia berada dalam kegemilangan kariernya.

"Bagi saya, ia akan menjadi musim yang paling sukar dalam kerjaya saya, saya yakin tentang ini," kata Conte.

"Terdapat banyak sebab yang menyebabkan saya kata musim depan akan jadi sangat sukar.

"Saya mempunyai persepsi ini, saya harap saya salah. Di England, tekanannya tinggi, liga ini adalah yang paling mencabar di dunia.

"Anda ada enam pasukan yang bersedia untuk bertanding untuk meraih gelaran dan hanya ada satu kemenangan. Anda mahu berjuang hingga saat akhir tetapi tidak mudah."

Walaupun menghabiskan lebih dari £100 juta untuk Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko dan Antonio Rudiger, Conte percaya skuadnya masih perlu diperbaiki.

Nemanja Matic dan John Terry telah meninggalkan kelab, Bakayoko dan Eden Hazard tidak dapat bermain permulaan musim kerana kecederaan dan isu Costa masih belum selesai.

Dia dengan jelas berharap lebih ramai pemain ditandatangani sebelum jendela perpindahan ditutup pada akhir bulan Ogos.

"Pasti soalan ini bagus untuk kelab, bukan untuk saya," katanya.

"Kami perlu menunggu masa terbaik, penyelesaian terbaik.

"Semua orang cuba menjalankan tugas mereka, tugas saya adalah untuk berusaha dan cuba memperbaiki pemain, mencipta identiti pasukan saya.

"Selebihnya, saya boleh berikan pendapat saya, tetapi akhirnya kelab juga membuat keputusan akhir.

"Pada masa ini kita mempunyai skuad kecil. Semua orang boleh melihat situasi ini, ia bukan soal jurulatih berkata 'saya mahu ini, dan ini'.

"Ini adalah realiti. Kami berharap dapat memperbaiki keadaan ini."

Conte mengakui dia bukan seorang lelaki yang sabar, tetapi menegaskan dia bersedia memberi tumpuan kepada peningkatan pemain sementara menunggu 'bantuan' diberikan. -Supersport

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Chelsea

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan