'Bedilan Amaran' Wenger Buat Conte

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

PERTEMUAN Piala Perisai Komuniti antara juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dan juara Piala FA, Arsenal pastinya menjanjikan pertembungan menarik antara dua kelab gergasi di London.

Namun bos The Gunners, Arsene Wenger terlebih dahulu melancarkan perang psikologi terhadap rakan sejawatnya di Chelsea, Antonio Conte tentang saingan EPL musim baharu ini.

"Saya menjangkakan mereka (Chelsea) perlu berjuang untuk mempertahankan kejuaraan.

"Adakah mereka akan mengumpul mata yang banyak? Saya tidak pasti.

"Anda boleh menjangkakan bahawa beberapa pasukan menjadi semakin kuat dan mencuri mata daripada Chelsea," kata Wenger.

Pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan menyaksikan Arsenal berjaya menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA pada Mei lalu.

Pertembungan dua kelab tersebut pastinya tertumpu pada dua penyerang baharu masing-masing dari Arsenal dan Chelsea iaitu Alexandre Lacazette dan Alvaro Morata.

The Gunners mendapatkan khidmat Lacazette dari Lyon dengan memecah rekod perpindahan kelab manakala Morata menyertai The Blues dari Real Madrid. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Chelsea

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan