Neymar Pemain Paling Mahal

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 7:32 AM

Gambar fail Neymar. Foto AP

(Ubah saiz teks)

NEYMAR mencatatkan rekod dunia menerusi perpindahannya dari kelab Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas ini, apabila menjadi pemain paling mahal.

Pemain kelahiran Brazil itu kini bernilai £198 juta (RM1.1 bilion).

Beliau akan menerima bayaran lebih £500,000 (RM2.81 juta) seminggu bagi pendapatannya sahaja di Paris, dan tambahan kepada pengiklanan dan penajaan.

Terdahulu, Neymar telah bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun untuk bersama Paris Saint-Germain dan akan tiba di Paris pada Jumaat.

Neymar menyertai lima rakan sepasukan antarabangsa Brazil di PSG, termasuk Dani Alves dan Thiago Silva. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Neymar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan