Luahan Hati Neymar

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

SEJURUS selepas perpindahannya ke Paris Saint Germain (PSG) dimuktamadkan, Neymar mendedahkan punca dia menerima tawaran tersebut.

Menurut pemain kelahiran Brazil itu, cita-cita kelab yang berpangkalan di Perancis itu yang mendorong dia untuk meninggalkan Barcelona.

"Saya amat gembira menyertai PSG. Sejak saya tiba di Eropah, kelab ini amat kompetitif dan bercita-cita tinggi. 

"Dan cabaran paling besar yang menyuntik semangat saya untuk berhijrah adalah untuk membantu pasukan memenangi apa yang penyokong mahukan.

"Cita-cita PSG menarik minat saya untuk menyertai kelab selain semangat dan tenaga yang ditunjukkan pasukan itu," kata Neymar.

Neymar mencatat rekod dunia menerusi perpindahannya dari Nou Camp ke PSG apabila menjadi pemain termahal dunia.

Pemain kelahiran Brazil itu kini bernilai £198 juta (RM1.1 bilion).


Tags / Kata Kunci: Neymar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan