Mesej Mourinho Kepada Woodward

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

BOS Manchester United, Jose Mourinho sudah membawa masuk tiga muka baharu ke Old Trafford tetapi masih berharap menandantangani seorang lagi pemain.

Romelu Lukaku, Victor Lindelof dan Nemanja Matic merupakan tiga pemain yang dibawa masuk untuk memperkuatkan United bagi menghadapi cabaran baharu pada musim depan.

Pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic masih menjadi sasaran tetapi United gagal mencapai persetujuan bagi melengkapkan pembelian keempat itu.

Mourinho berulang-kali memberi mesej jelas kepada pengerusi kelab itu, Ed Woodward tentang hasratnya untuk membawa masuk pemain keempat.

"Semua pemain berada dalam perancangan.

"Pelannya adalah untuk memiliki skuad yang bagus dengan pelbagai pilihan disebabkan pasukan ini mempunyai pemain penting yang cedera untuk tempoh yang lama.

PERISIC menjadi sasaran utama Mourinho.

"Pasukan ini sudah bagus dan seperti dikatakan beberapa bulan lalu, saya mahu empat pemain untuk meningkatkan tahap kemampuan skuad ini.

"Pihak pengurusan melakukan tugas dengan baik apabila mendapatkan tiga pemain walaupun situasi sukar di pasaran perpindahan pemain.

"Saya berterima kasih kerana membeli tiga daripada empat pemain.

"Tetapi saya lebih gembira jika mereka mendapatkan pemain keempat," kata Mourinho.

Minggu lalu, Mourinho memberi bayangan bahawa dia mahu pemain di posisi penyerang yang boleh beraksi di bahagian sayap.

Posisi itu jelas menunjukkan keinginan Mourinho mendapatkan khidmat Perisic yang dianggarkan bernilai 44 juta pound sterling. - Mirror.uk

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan