Perjuangan Terakhir Melaka United

Diterbitkan: Jumaat, 4 Ogos 2017 5:33 PM

Pemain Melaka United, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali cuba menghalang Margaro Lima Gomis dari Kelantan ketika pertemuan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam Rabu lalu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain Melaka United perlu berjuang bermati-matian menjelang aksi menentang T-Team malam Sabtu bagi menentukan nasib pasukan sama ada kekal di pentas Liga Super pada musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pertemuan malam Sabtu amat penting ibarat perjuangan terakhir pasukan sebelum perlawanan berehat panjang.

"Semua pemain kena main all out, tak perlu simpan apa-apa tenaga. Ini ibarat hidup dan mati pasukan untuk tentukan sama ada Melaka United boleh kekal dalam Liga Super atau tidak.

"Jangan fikirkan apa-apa, hanya fokus pada perlawanan kerana selepas ini perlawanan akan berehat selama sebulan bagi memberi laluan kepada kejohanan Sukan SEA dan aksi skuad kebangsaan," katanya kepada mStar Online.

Malah beliau turut menggesa semua pemain supaya mengekalkan momentum kemenangan yang diperolehi ketika menundukkan Kelantan dalam aksi Piala Malaysia, Rabu lalu.

"Jadikan kemenangan di Kelantan itu sebagai satu tonik kepada pasukan untuk kekalkan rentak kemenangan di gelanggang lawan malam esok," katanya.

Pada masa sama, Yusoff Mahadi turut mengingatkan anak buahnya supaya mengekalkan corak permainan konsisten sehingga wisel penamat dibunyikan.

"Kita kena belajar daripada kesilapan pada babak kedua semasa pertemuan dengan Kelantan tempoh hari. Kita mendahului dengan 3-0 tapi Kelantan bangkit melancarkan serangan pada babak kedua. Mereka dapat kejar dengan dua gol," katanya.

Jelas beliau, pemain tidak boleh terlalu selesa andai sudah mendahului pasukan lawan dalam perlawanan yang dianggap getir.

"Kadang-kala kita rasa terlalu selesa tetapi itu yang akan membunuh kita. Jadi jurulatih kena cari jalan untuk perbaiki kelemahan ini. Apa sahaja boleh berlaku, jadi pemain kena fokus sehingga tamat perlawanan," katanya.

Menurut Yusoff Mahadi, jika Melaka United tewas di tangan T-Team ini bermakna peluang mereka untuk kekal dalam Liga Super bagaikan sudah dihujung tanduk.

"Kalau kalah, itu indikasi awal bahawa laluan kita sudah gelap. Kalau menang peluang agak cerah sedikit untuk kita bertahan. Jadi masa depan pasukan kini terletak di tangan semua pemain," katanya.

Melaka United kini menduduki tangga ketiga tercorot liga berbekalkan baki empat lagi perlawanan yang perlu diharungi manakala T-Team di tempat kelapan dengan mengutip 19 mata.

Tags / Kata Kunci: Melaka United , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan