Mourinho Bina Skuad 'Gergasi Merah'

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 11:53 AM

PEMAIN Manchester United meraikan gol pertama ketika menentang Sampdoria di Dublin pada 2 Ogos 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

SEJAK peninggalan Sir Alex Ferguson, Manchester United kini mengalami pelbagai revolusi di bawah tiga pengurus yang berbeza iaitu David Moyes, Louis van Gaal dan kini Jose Mourinho.

Moyes tidak banyak melakukan perubahan besar dalam skuad Red Devils apabila sekadar membawa masuk Marouane Fellaine untuk mengharungi musim 2013-2014, sekali gus menyaksikan pengganti Ferguson itu dipecat selepas 10 bulan dilantik dan sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Pengganti Moyes, Van Gaal tampil dengan misi yang lebih menyakinkan apabila membawa masuk bakat muda seperti Anthony Martial dan memberi peluang kepada pemain junior termasuk Jesse Lingard dan Marcus Rasford untuk menyinar.

Namun kejayaan Van Gaal membawa United kembali ke kancah Liga Juara-Juara dan memenangi Piala FA tidak menjamin masa depannya apabila dipecat selepas dua musim di Old Trafford.

Kini di bawah bimbingan Mourinho, Red Devils tampil dengan sebuah pasukan yang sangat berbeza dan paling ketara adalah saiz pemain yang dibawa masuk oleh pengurus kelahiran Portugal itu.

Bukan lagi rahsia bahawa Mourinho mementingkan fizikal yang kuat dalam kalangan pemain apabila dia membentuk pasukan yang memiliki saiz sama ketika menjulang Chelsea memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas 50 tahun pada 2005.

Ketika itu, pemain berfizikal kuat seperti Didier Drogba, Michael Essien dan Claude Makelele menjadi sandaran Mourinho untuk menaikkan nama The Blues.

Maka tidak hairanlah kemasukan pemain termahal dunia, Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic menjadi titik tolak Mourinho untuk membentuk semula skuad 'gergasi' apabila dia menandantangi pemain bersaiz besar dan berfizikal kuat untuk mengharungi musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Nemanja Matic menjadi pemain 'gergasi' terbaharu diserap ke United selepas kemasukan penyerang lasak dari Everton, Romelu Lukaku.

Malah dua lagi pemain yang dibawa masuk Mourinho sejak musim lalu juga memiliki kekuatan yang sama iaitu, Eric Bailly dan Victor Lindelof.

Sekiranya United memenangi gelaran liga pada musim ini, mereka akan menjadi pasukan paling tinggi yang memenangi gelaran tersebut.

Berikut adalah senarai pemain yang memiliki ketinggian lebih daripada 1.88 meter.

Zlatan Ibrahimovic (1.956 meter)

Marouane Fellaini (1.930 meter)

Chris Smalling (1.930 meter)

Nemanja Matic (1.930 meter)

Scott McTominay (1.930 meter)

David de Gea (1.930 meter)

Sergio Romero (1.930 meter)

Paul Pogba (1.905 meter)

Romelu Lukaku (1.905 meter)

Eric Bailly (1.88 meter)

Victor Lindelof (1.88 meter)

Joel Pareira (1.88 meter)

Marcos Rojo (1.88 meter)

Michael Carrick (1.88 meter)

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan