Neymar Setuju Sertai PSG, Catat Perjanjian Rekod Dunia

Diterbitkan: Khamis, 3 Ogos 2017 7:13 AM

(Ubah saiz teks)

NEYMAR telah bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun untuk bersama Paris Saint-Germain dan akan tiba di Paris dalam masa dua hari akan datang, sekali gus memuktamadkan perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia, menurut sumber

Sky Sports News.

Sky Sports difahamkan bahawa Neymar memutuskan untuk meninggalkan Barcelona berikutan perbincangan di Rio de Janeiro pada awal bulan Julai, sebelum dia menyertai perlawanan lawatan pra-musim kelab Amerika Syarikat.

Dia dijangka tiba di ibu negara Perancis pada Jumaat untuk melengkapkan perpindahannya.

Difahamkan jumlah yang disepakati bernilai hampir £450 juta (€500 juta), termasuk gaji, bonus dan klausa pembelian berjumlah £198 juta (€222 juta).

Neymar telah ditawarkan gaji asas £26.8 juta setahun, selepas cukai, sekitar £515,000 seminggu.

Barcelona mengesahkan klausa pembelian tersebut perlu 'didepositkan sepenuhnya'.

Sky Sports telah diberitahu bahawa pertemuan utama berlaku di Brazil awal bulan lalu melibatkan Neymar, bapanya dan ejen Pini Zahavi yang telah menangani perjanjian itu.

Zahavi telah mengenali Neymar sejak berumur 17 tahun dan telah menjadi salah seorang penasihat terdekatnya.

Sumber di Sepanyol yang dekat dengan Neymar memberitahu Sky Sports: "Sejak dia memutuskan untuk pergi, Neymar harus berdepan tekanan besar untuk kekal di Barcelona. Rakan sepasukannya mahu dia terus bersama kelab tetapi dia telah buat keputusan."

Sumber itu menambah bahawa Neymar nyaris menyertai Manchester United dalam pasaran perpindahan musim panas lalu tetapi memilih PSG selepas menjalani musim seterusnya di Barcelona.

Neymar dijangka menyertai lima rakan sepasukan antarabangsa Brazil di PSG, termasuk Dani Alves dan Thiago Silva.

Sumber berkata: "Orang ramai akan mengatakan ini telah didorong oleh wang, tetapi dia mahu menjadi ketua di kelab tersebut. Dia mahu bebas dan mahu memenangi Ballon d'Or, dia percaya dia boleh melakukannya di Paris."

Presiden La Liga Javier Tebas mengancam untuk menyekat perpindahan itu tetapi difahamkan pegawai PSG 'sangat yakin' tidak akan ada isu yang akan timbul dengan klausa pembelian.

PSG masih belum mengesahkan sama ada perjanjian telah dicapai.

Tags / Kata Kunci: Neymar , rekod dunia , sejarah bola sepak

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan