Bolt Ubah Angin Ke Bola Sepak

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 9:30 PM

Bolt bergambar bersama trofi juara oleh Manchester United pada tahun 2009.

(Ubah saiz teks)

USAIN Bolt ditawar untuk menjalani latihan bersama beberapa buah kelab bola sepak.

Pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik itu bakal mengakhiri kariernya sebagai pelari pecut dunia pada Kejuaraan Olahraga Dunia minggu ini.

Menurut ejennya Ricky Simms, beberapa kelab bola sepak sudah menghubunginya untuk percubaan sekiranya dia ingin menceburi bola sepak selepas bersara.

"Usain berusia 30 tahun dan dia masih mampu berlari untuk tempoh empat tahun dan boleh menyertai Olimpik 2020.

"Tetapi dia telah mencapai segalanya," jelasnya kepada Daily Star.

"Terdapat berjuta peluang untuknya dan dia bersedia untuk sesuatu yang lain.

"Bola sepak adalah perkara yang selalu disebutnya. Jika anda bertanya kepadanya sama ada berminat untuk bermain bola sepak, dia akan memberitahu berdozen-dozen kelab telah mengajaknya."

Dalam masa sama Simms memberitahu, kekurangan pengalaman terhadap Liga Perdana akan memberi kesan kepadanya.

"Saya tidak mahu memberitahu siapa (mengajaknya), tetapi dia akan pergi ke Dortmund kerana CEO Puma merupakan kawan baik kami dan dia adalah salah seorang ahli jawatankuasa Borusia Dortmund.

"Dia akan pergi menjalani latihan bersama mereka," ujar Simms.

Bolt merupakan penyokong fanatik kelab Manchester United.

Tags / Kata Kunci: Usain Bolt , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan