Nemanja Matic Luah Minat Terpendam

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 8:54 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN pernah berkhidmat sebagai bintang penting di Chelsea namun minat yang terpendam di hati Nemanja Matic akhirnya diluahkan.

Matic yang merupakan pemain ketiga dibeli Manchester United pada jendela pemindahan pemain musim ini dilapor seorang peminat United.

Daily Mail melaporkan, Matic mempunyai jersi United yang dibeli untuk anaknya sejak berada di Chelsea lagi.

Ini kerana jersi yang dipakai anak lelakinya adalah keluaran musim lalu dan bukan yang terbaru dan boleh dibeli di Old Trafford.

Gambar Matic, isteri dan anaknya dirakam ketika mereka keluar dari sebuah restoran di Cheshire.

Keluarga itu dilaporkan bertemu ejen perumahan untuk menyelesaikan urusan kediaman sebelum musim baharu Liga Perdana Inggeris bermula tahun depan.



Tags / Kata Kunci: Chelsea , Manchester United , Nemanja Maitc

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan