Mourinho Kerap Hubungi Sergi Roberto

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 8:00 AM

Sergi Roberto

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho dilaporkan kerap menghubungi bintang Barcelona, ​​Sergi Roberto berhubung rancangan pemindahan.

Pengurus Manchester United itu telah berbelanja besar pada musim panas untuk mendapatkan Nemanja Matic yang tiba dari Chelsea dengan nilai £40 juta.

Tetapi langkah Mourinho masih belum terhenti kerana dia mahu menambah kualiti dan ketajaman skuadnya yang kembali beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Laporan di Sepanyol mencadangkan bahawa dia sedang mempertimbangkan langkah untuk mendapatkan Roberto.

Roberto cemerlang di bawah Luis Enrique musim lalu dan mencatatkan satu detik yang tidak akan dilupakan dalam kempen mereka apabila dia menjaringkan gol pada saat-saat akhir ketika Barca bertemu Paris Saint-Germain di Liga Juara-Juara.

Tetapi dengan Ernesto Valverde berminat untuk membawa pemain tambahan di barisan tengah, Roberto bimbang kedudukannya tergugat.

Barca telah dikaitkan dengan pemain seperti Marco Verratti, Ousmane Dembele, Philippe Coutinho dan Paulinho.

Penerbitan Sepanyol 'Diario Gol' mendakwa Roberto mungkin akan diletakkan di bangku simpanan jika kelabnya berjaya menandatangani mana-mana pemain tersebut.

Roberto sedang mempertimbangkan pilihannya dan menyedari minat dari United, setelah berhubung dengan Mourinho.

Walaupun berada di bawah kontrak dengan Nou Camp sehingga 2019, pemain berusia 25 tahun itu enggan menolak kemungkinan jalan keluar.

Old Trafford mungkin menjadi destinasi yang mungkin kerana Roberto telah lama diminati Mourinho, tetapi Mourinho perlu memberi jaminan bahawa Roberto akan menjadi pemain utama untuk meyakinkan pemain itu menyertai kelabnya.

Roberto telah bertanya kepada Mourinho tentang rancangan kedudukan dirinya sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Tags / Kata Kunci: Sergi Roberto , Jose Mourinho

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan