Tokwan Stefano 'Tulang Belakang' Helang Merah

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 10:38 AM

Stefano meluangkan masa melayan penyokong-penyokong Kedah selepas menang 6-2 ke atas Melaka United pada saingan Piala Malaysia, Sabtu malam. Foto kredit: Kedah FA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Tokwan Stefano adalah antara individu penting dalam membentuk pasukan Kedah.

Jika ketua jurulatih perlu bijak mencongak strategi perlawanan, tidak dinafikan beberapa penyandang jawatan lain turut menjadi faktor kejayaan sesebuah pasukan. 

Namun, tidak semua yang menyedari bahawa tahap kecergasan pemain bukan hanya terletak di tangan ketua jurulatih, sebaliknya keputusan jurulatih kecergasan dan fizikal lebih penting sebelum pemain mula beraksi di padang.

Jika kebiasaannya jurulatih kecergasan jarang dikenali penyokong kelab, lain pula situasinya di Kedah apabila nama Stafeno Impagliazzo sememangnya selalu disebut.

Stefano tidak asing lagi bagi skuad Kedah sejak 2004, namun hanya berkesempatan setahun sahaja di Alor Setar ketika itu.

Bagaimanapun dia kembali ke Kedah pada Mac tahun lalu dan membantu membawa pemain-pemain ke kemuncak prestasi skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusoff ini. 

Stefano,70, yang lebih mesra digelar 'Tokwan Stefano' oleh penyokong setia Kedah merupakan orang penting kepada jurulatih dalam memastikan pemain-pemain berada dalam keadaan sedia seratus peratus.

Ternyata peranannya itu dihargai penyokong setia, malah turut meminta Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) supaya menjaga kontrak Stefano supaya tidak terlepas kepada kelab lain.

Berdasarkan komen di Facebook rasmi KFA, rata-rata penyokong berharap Stafeno meneruskan khidmat bersama Lang Merah.

Antara komen-komen penyokong kedah kepada Tokwan Stefano.
Tags / Kata Kunci: Stefano , Kedah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan