Piala Malaysia: Kedah Pesta Gol Di Melaka

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 7:35 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Kedah, melakar kemenangan besar dengan menundukkan Melaka 6-2 dalam perlawanan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka yang berlangsung Sabtu malam.

Skuad Lang Merah membuka jaringan seawal minit kelima menerusi Ahmad Fakri Saarani  sebelum Sandro Da Silva menambah jaringan pada minit ke-35 dan ke-39.

Bermula babak kedua, Muhammad Akram Mahinan menambah luka tuan rumah apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-48 diikuti dua lagi gol pada minit ke-77 dan ke-90 masing-masing menerusi Ken Ilso dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Dua gol tuan rumah diperolehi menerusi jaringan Mohd Azinee Taib pada minit ke-21 dan Muhammad Fauzi Roslan pada minit ke-53.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan C, Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas 0-2 kepada UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam.

Dua gol UiTM FC diperolehi menerusi jaringan Akanni-Sunday Wasiu pada minit kelima dan ke-45.Naib juara Piala Malaysia, Selangor kekal pendahulu Kumpulan D dengan 10 mata, selepas meraih kemenangan 3-2 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Ismail Faruqi meletakkan tuan rumah mendahului lawan 1-0 pada minit ke-23 sebelum Selangor bangkit pada babak kedua selepas Francis Forkey Doe menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-51 sebelum Muhammad Syahmi Safari menambah jaringan empat minit kemudian.

Pada minit ke-77, skuad Penyu menyamakan kedudukan menerusi jaringan Tchetche Hermann Brice Kipre Rufino sebelum Segovia Del Burgo muncul wira skuad Gergasi Merah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengutip tiga mata selepas menundukkan Sarawak 2-0 Stadium Negeri, Kuching.

Penyerang import sensasi, Mohamad Ghaddar meledak gawang tuan rumah pada minit ke-40 sebelum Safiq Rahim menambah jaringan kedua pada minit ke-75.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan menduduki tangga kedua kumpulan dengan tujuh mata di belakang Selangor dengan 10 mata.

Dalam aksi Kumpulan A pula, Negeri Sembilan menewaskan Pahang 2-1 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dua gol tuan rumah diperoleh pada minit ke-10 dan ke-35 masing-masing menerusi jaringan Farderin Kadir dan Khairul Anwar Shahrudin manakala gol tunggal pasukan Tok Gajah dijaringkan penyerang import dari Korea Selatan, Jaewon Heo pada minit ke-87.

PKNP FC kekal menghuni tangga pertama Kumpulan A, selepas meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas T-Team dalam perlawanan di Stadium Proton, Tanjung Malim.

Empat gol PKNP FC dijaringkan Kim Hyeon Woo pada minit ke-30 diikuti jaringan Muhammad Shahrel Fikri, sembilan minit kemudian dan dua lagi jaringan menerusi Mohamad Hafiz Ramdan pada minit ke-46 sebelum Vincent Lucas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72.

Gol saguhati T-Team diperolehi menerusi jaringan Joseph Yannick Ndjeng pada minit ke-79.

Bagi Kumpulan B, Perak mengutip tiga mata selepas mengalahkan PKNS FC 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Tiga gol Perak diperolehi menerusi Yashir Pinto pada minit ke-28, diikuti Mohd Nazrin Mohd Nawi pada minit ke-60 dan pemain import dari Brazil Gilmar Filho pada minit ke-75 manakala gol tunggal PKNS FC menerusi Patrick Wleh pada minit ke-82.

Tiga gol Thiago Fernandez (minit ke-31, ke-50, ke-53) dan satu daripada Ifedayo Olusegun pada minit ke-59 meletakkan Felda United selesa dengan kemenangan 4-1 ke atas Kuala Lumpur, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Gol tunggal Kuala Lumpur dijaringkan Guilherme De Paula dalam masa tambahan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan