Tangguh Liga M, Sasar 'Ibu Emas' KL2017

Diterbitkan: Sabtu, 29 Julai 2017 2:56 PM

Skuad B-23 negara menjalani latihan baru-baru in. Foto: GLENN GUAN/The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penangguhan Liga Malaysia pada Ogos ini dianggap keputusan tepat demi memastikan 'ibu emas' dirangkul skuad bola sepak negara pada temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) nanti.

Lebih penting, keputusan yang dicapai Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) merungkai permasalahan melibatkan pemain yang tidak mendapat pelepasan daripada beberapa pasukan negeri.

Malah keputusan tersebut pastinya melegakan Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun, Datuk Ong Kim Swee dalam memberi fokus persiapan rapi untuk tempoh kurang tiga minggu sebelum tirai perlawanan dibuka bermula 14 Ogos ini.

Menurut bekas pemain kebangsaan era 80-an, Serbegeth Singh atau lebih dikenali dengan panggilan Shebby, penangguhan tersebut amat penting demi memberi sokongan penuh kepada atlet KL2017.

"Temasya Sukan SEA adalah unik. Penangguhan Liga Malaysia perlu dibuat supaya seluruh rakyat Malaysia boleh memberi tumpuan dan sokongan kepada skuad negara," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam masa sama, bekas Penasihat Global Pasukan Blackburn Rovers itu juga yakin skuad B-22 negara bakal mempamerkan aksi terbaik pada KL2017, lebih-lebih lagi selepas layak ke pusingan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.



"Kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun adalah satu pencapaian yang penting kerana kita harus menyaingi pasukan terbaik yang layak ke kejohanan ini.

"Apabila kita mula bersaing menentang pasukan pilihan Asia di peringkat umur ini maka ia akan membantu meningkatkan tahap persembahan pemain serta pasukan," jelas pengulas sukan terkenal tanah air itu.

Selain itu, skuad negara bakal bertemu dengan Brunei pada aksi pertama perlawanan Kumpulan A pada 14 Ogos depan, diikuti Singapura (16 ogos), Myanmar (21 Ogos) dan aksi terakhir kumpulan pada 23 Ogos bertemu Laos.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas pada temasya 2011 di Jakarta.

Tags / Kata Kunci: Shebby , tangguh Liga M

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan