Guardiola Akui Dana Tak Cukup

Diterbitkan: Sabtu, 29 Julai 2017 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola masih mahu memburu seorang lagi pemain pertahanan tetapi mengakui dana Manchester City kini semakin berkurangan.

City sudah memiliki tiga pemain pertahanan iaitu John Stones, Vincent Kompany dan Nicolas Otamendi tetapi Guardiola masih memerlukan khidmat seorang lagi pemain baharu.

Guardiola cuba memancing pemain Real Sociedad, Inigo Martinez dan masih berminat terhadap Holger Badstuber dari Bayern Munich yang diintai sejak Januari lalu.

Klausa pelepasan Martinez dianggarkan bernilai 26 juta pound sterling tetapi Guardiola tidak pasti sama ada City sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar yang dianggarkan mencecah 250 juta pound sterling.

Pada masa sama, Guardiola juga mahu mendapatkan bintang Arsenal, Alexis Sanchez.

"Saya amat gembira dengan John, Vinny dan Nico. Kita akan lihat. Kita tiada wang yang cukup untuk dibelanjakan.

"Kami berbelanja besar kerana kita tidak mempunyai cukup pemain. Jika pasaran memberi peluang kepada kami, kami akan mencuba," kata Guardiola.

Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Manchester City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan