Rumah Terry Dirompak

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 3:53 PM

Terry memuat naik gambar bersama isterinya, Toni ketika percutian di Pergunungan Alps.

(Ubah saiz teks)

GARA-gara memuat naik gambar percutian, rumah bekas kapten England 'dilawati' sekumpulan perompak.

Terry yang kini bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Aston Villa telah memuat naik beberapa keping gambar percutian di Pergunungan Alps, Perancis bersama isterinya, Toni,35 di laman Instagram.

Terry mempunyai l2.4 juta pengikut di Instagramnya.


Namun perkongsian saat gembira itu telah mengundang padah apabila sekumpulan geng perompak memecah masuk kediaman mewahnya di Oxshott.

Kumpulan penjenayah tersebut mengambil masa lebih sejam di rumah pemain pertahanan itu dan mencuri pelbagai barangan mahal serta berjenama bernilai 126 ribu pound keseluruhannya.

Turut dicuri koleksi novel Harry Porter edisi pertama bernilai 18 ribu pound.

Manakala  barang-barang lain yang dicuti beg tangan berjenama Hermes (42 ribu pound), Chanel (18 ribu pound) serta lain-lain seperti Gucci, Louis Vuitton dan Yves Saint Laurent.

Kejadian yang berlaku pada 25 Februari lalu baharu didedahkan pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: John Terry

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan