Korban Trio BBC Demi Mbappe

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 9:43 AM

(Ubah saiz teks)

ZINEDINE Zidane menegaskan dia mahu mengekalkan Karim Benzema, Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo di Real Madrid tetapi mengakui keputusan itu bukan terletak di tangannya.

Benzema, Bale dan Cristiano yang digelar sebagai trio BBC merupakan tonggak utama Real dalam mempertahankan trofi Liga Juara-Juara dan La Liga musim lalu.

Namun, timbul dakwaan bahawa Real telah memberitahu bintang Monaco, Kylian Mbappe bahawa jika perpindahannya dimuktamadkan, mereka akan melepaskan salah seorang trio tersebut.

Namun Zidane seolah-olah memberi isyarat awal kepada Manchester United apabila mendedahkan dia tidak berupaya mengekalkan Bale di Real Madrid.

Masa depan Bale di Santiago Bernabeu sekali lagi mencetuskan tanda tanya selepas Real Madrid cuba memuktamadkan perpindahan rekod dunia bernilai 160 juta pound sterling terhadap Mbappe.

Zidane ditanya mengenai situasi itu selepas Madrid tewas 1-4 kepada Manchester City di Los Angeles, awal pagi Khamis.

"Saya harap BBC (Bale, Benzema dan Cristiano) kekal musim ini. Saya harap sesiapa sahaja kekal. Saya mahu sesiapa sahaja di sini untuk kekal tetapi apa sahaja boleh berlaku sehingga 31 Ogos ini," katanya.

Jose Mourinho secara terbuka pernah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan beberapa pemain baharu pada musim panas ini.

Malah beliau telah mensasarkan pemain sayap Inter Milan Ivan Perisic dengan bidaan bernilai 48 juta pound sterling.

Mourinho menguatkan lagi khabar angin ketika United bertemu Real di Santa Clara minggu lalu selepas dia memeluk Bale sebelum sepak mula.

Pengendali kelahiran Portugal itu kedengaran berkata:"Saya tak boleh beli anda kerana anda tidak bercakap dengan saya!."

Bale, 28, dipetik sebagai berkata dia gembira di Madrid tetapi kehadiran Mbappe mungkin mempertimbangkan kelab itu untuk melepaskannya.

Tags / Kata Kunci: Gareth Bale , Real Madrid

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan