Mourinho Beri Petanda Jelas Tentang Masa Depan Zlatan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 3:29 PM

(Ubah saiz teks)

BOS Manchester United, Jose Mourinho terus memberi bayangan tentang masa depan penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic.

United tidak menyambung kontrak Zlatan yang bergaji, 367,640 pound seminggu, pada hujung musim lalu selepas penyerang kelahiran Sweden itu mengalami kecederaan ligamen pada April.

Kecederaan itu mungkin menyebabkannya terpaksa berehat sehingga 2018 tetapi harapannya untuk menyarung semula jersi United masih bersinar.

Ini kerana Mourinho memberi petunjuk jelas tentang kemungkinan besar Zlatan akan menandatangani kontrak baharu bersama United.

"Kami menghabiskan wang yang banyak untuk seorang penyerang kerana untuk mendapatkan penyerang, anda perlu berbelanja atau tidak.

"Kami berbelanja selepas kecederaan yang berlaku ke atas Zlatan dan kami tidak boleh membiarkan pasukan ini tempang tanpa penyerang yang kuat dan penting untuk tempoh enam bula pertama musim depan," kata Mourinho.

Kenyataan Mourinho itu dipercayai merujuk kepada Zlatan yang akan berehat sehingga awal tahun depan akibat kecederaan yang dialami.

Ibrahimovic yang dijangka menerima ganjaran dua juta pound sterling selepas menjaringkan 28 gol ketika beraksi bersama United.

Pemain berusia 35 tahun itu kini menggunakan kemudahan di United untuk proses pemulihan dan Mourinho dijangka memberinya peluang menyertai United semula bagi mencapai tahap kecergasan terbaik. - MAIL ONLINE

Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan