Jangan Terlalu Hormati Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 1:35 PM

Pemain Melaka United mengepung penyerang Sarawak Mateo Roskam (kanan) pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam Rabu lalu. Melaka United menang 4-2. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain Melaka United dinasihatkan supaya jangan terlalu menghormati pasukan Kedah menjelang aksi peringkat Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam Sabtu.

Sebaliknya, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mahu pasukan tuan rumah meneruskan momentum kemenangan ke atas Sarawak pada saingan Liga Super Rabu lalu ketika berdepan anak buah Mohd Nidzam Adzha Yusof.

"Pemain kena main bersungguh-sungguh dan ada rasa ingin menang. Jangan kita terlalu menghormati Kedah.

"Kebiasaannya pemain apabila berdepan pasukan mereka, mereka terlalu menghormati pasukan lawan. Itulah punca mereka tak dapat tunjukkan prestasi sebenar pasukan," katanya kepada mStar Online.

Meskipun Piala Malaysia bukan sasaran utama Melaka United, Mohd Yusoff berkata fokus mereka ketika ini adalah untuk menundukkan Kedah.

"Kita belum pernah menang ke atas Kedah walaupun dalam perlawanan liga. Jadi saya harap esok pemain dapat membuktikan sesuatu. Takkan kita nak kalah setiap kali berhadapan dengan Kedah.

Pasukan Kedah bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka, malam Sabtu.

"Kita tengok Pulau Pinang pun boleh kalahkan Pahang, jadi tidak mustahil kita boleh tundukkan Kedah. Setidak-tidaknya kita mesti tunjukkan kita mampu menyaingin mereka," kata Mohd Yusoff.

Jelas beliau, kemenangan ke atas Kedah juga boleh menaikkan momentum pasukan yang kini perlu keluar dari zon tercorot untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

"Saingan dalam Kumpulan C masih terbuka tapi fokus utama kita adalah untuk kekal dalam Liga Super. Jadi ini boleh jadi pentas buat pasukan meneruskan momentum kemenangan demi kemenangan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata ketiadaan pemain pertahanan, Jasmin Mecinovic yang dilanda kecederaan ternyata memberi tamparan hebat kepada pasukan.

Katanya, pemain import itu terpaksa berehat panjang kerana bergelut dengan kecederaan ligamen lutut.

"Dia terpaksa berehat selama tiga bulan. Ini bermakna dia mungkin terlepas aksi sehingga hujung musim ini. Ketiadaannya memberi tamparan hebat kepada pasukan.

"Namun saya harap pemain yang diturunkan nanti dapat memperkukuhkan kubu pertahanan pasukan khususnya agar tidak mudah dibolosi lawan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Melaka United , Kedah , Piala Malaysia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan