Bilik Persalinan Kebimbangan Conte

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 7:41 AM

Antonio Conte

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte berkata seorang jurulatih yang berjaya mesti mampu mengawal penuh bilik persalinan bagi mengelakkan 'kekacauan', seperti mana yang dilakukan pengurus Chelsea itu terhadap Diego Costa.

Costa tidak diturunkan pada Januari selepas dikaitkan dengan kelab Liga Super China.

Dia dijangka tidak akan kekal di Stamford Bridge dalam jangka panjang, dan Conte sanggup berbelanja besar untuk menandatangani penyerang Alvaro Morata dari Real Madrid.

Bekas pengurus Juventus dan Itali itu jelas menyatakan bahawa dia tidak akan bertolak ansur dengan pemain bintang yang sukar dikawal, tanpa mengira senioriti atau kepentingan mereka kepada pasukan.

"Saya hanya bertegas dengan pemain muda dan bukan pemain lama, ia bukan cara yang betul untuk dihormati di bilik persalinan," katanya.

"Semua pemain adalah sama dan kadangkala saya menuntut lebih daripada pemain yang lebih tua berbanding pemain muda, mereka mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar pemain muda tentang tingkah laku yang sepatutnya ditunjukkan.

"Jurulatih mesti mengawal sepenuhnya bilik persalinan.

"Jika tidak, timbullah kekacauan, ya, kekacauan.

"Ketika saya bermain bola sepak, Marcello Lippi, Giovanni Trapattoni, Carlo Ancelotti dan Arrigo Sacchi, jurulatih-jurulatih saya sepenuhnya mengawal bilik persalinan.

"Jika tidak, anda sedang menunggu untuk 'mati'. Jika ini tidak berlaku, anda sedang bersedia untuk mati."

Chelsea terpaksa berpisah dengan Costa untuk membawa masuk Morata dari Santiago Bernabeu dan menurut Conte, The Blues tidak dapat bersaing dengan Manchester City untuk menandatangani pemain antarabangsa England, Kyle Walker, yang dipercayai bernilai £50 juta.

"Kami cuba membeli Walker.

"Secara jujur, saya fikir sekarang setiap pemain adalah mahal," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan