Barca Enggan Lawan United Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 8:03 AM

Ernesto Valverde. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

ERNESTO Valverde berkata dia tidak mahu pasukannya, Barcelona bertemu dengan Manchester United di Liga Juara-Juara musim ini.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Barca mengalahkan pasukan Jose Mourinho 1-0 dalam persahabatan pra-musim di FedEx Field, Khamis.

Neymar yang kini dikaitkan dengan Paris Saint-Germain dengan perpecahan rekod dunia menjadi wira dalam perlawanan tersebut. Dia menjaringkan gol tunggal pada minit ke-32.

Pemain Brazil tersebut juga meledakkan dua gol minggu lalu ketika Barca mengalahkan Juventus 2-1 dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Juventus di New Jersey.

“Neymar sangat gembira, dia bercakap dengan beberapa rakannya dari Manchester,” kata Valverde memetik espnfc.com.

“Dia di sini bersama kami dalam keadaan baik."

Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar menunjukkan persembahan mengagumkan pada babak pertama, memaksa David De Gea melakukan enam penyelamatan.

Tetapi, United juga mendapat peluang yang sama, apabila Jasper Cillesen dipaksa menyelamatkan beberapa gol.

“Kami gembira dengan perlawanan ini dan menang melawan pasukan seperti Manchester yang mempunyai kekuatan besar,” kata Valverde.

“Saya memandang Manchester United sebagai pasukan hebat dan serius, mungkin masa mereka belum tiba, tetapi mereka juara Liga Europa (musim lalu) dan kembali ke Liga Juara-Juara tahun ini.

“Mereka pasukan yang kuat, pesaing untuk semua perlawanan, saya rasa mereka akan menjadi pasukan yang sukar dikalahkan di Liga Perdana dan Eropah. Saya tak mahu bermain (melawan mereka) di Liga Juara-Juara," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ernesto Valverde , Jose Mourinho

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan