Arsenal Sudah Boleh Lupakan Lemar

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL sudah boleh melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah AS Monaco, Thomas Lemar yang menjadi buruan sejak lebih sebulan lalu.

Lemar dan juga seorang lagi bintang Monaco, Kylian Mbappe berada dalam radar bos Arsenal Arsene Wenger sepanjang musim perpindahan kali ini dengan harapan membawa dua pemain tersebut ke Emirates.

Namun Timbalan Presiden Monaco, Vadim Vasilyev mengesahkan bahawa pemain berusia 21 tahun itu akan kekal di kelab Perancis tersebut.

"Kami perlu mengekalkan semua pemain utama dan saya akan menjawab tentang spekulasi yang menyelubungi Thomas Lemar.

"Dia kekal bersama kami. Dia memiliki bakat besar dan amat penting buat pasukan," katanya.

Setakat ini, Wenger hanya membeli penyerang Lyon, Alexandre Lacazette dengan nilai perpindahan tertinggi kelab tersebut, 52 juta pound sterling.

Sead Kolasinac pula menyertai The Gunners secara percuma. - The Independent


Tags / Kata Kunci: Thomas Lemar , Arsenal

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan