Neymar Borong Kasut Lebih £14 Ribu

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 8:46 AM

-foto Complex

(Ubah saiz teks)

BINTANG Barcelona, Neymar tidak kedekut untuk mengeluarkan wangnya apatah lagi dengan kontrak £500,000 seminggu di Paris Saint-Germain yang kini sedang hangat menjadi bualan.

Pemain Brazil itu telah menunjukkan kegilaannya apabila sanggup berbelanja lebih £14 ribu dalam sekali kunjungan ke kedai kasut.

Neymar telah dijemput dalam satu rancangan untuk bercakap tentang kerjayanya, kecintaannya terhadap fesyen dan yang paling penting kegilaannya terhadap kasut edisi terhad.

Pemain antarabangsa Brazil ini juga mempunyai jenamanya sendiri, Air Jordan V 'Neymar', yang dilancarkan dengan kerjasama Nike dan legenda NBA Michael Jordan.

"Dia sangat luar biasa ketika saya bertemu dengannya," kata Neymar kepada majalah Complex.

"Dia seorang lelaki yang sangat baik, sangat selamba.

"Saya terkejut dengan keramahannya. Ia adalah salah satu detik paling bahagia dalam hidup saya. Saya gementar apabila berjumpa dengannya," katanya.

Neymar akan meneruskan kerjasama dengan Nike dan Jordan pada masa akan datang dan pemain berusia 25 tahun itu mendedahkan dia sudah mempunyai idea, susulan but bola sepak Air Jordan Hypervenom II yang dikeluarkan tahun lepas.

"Rancangannya adalah untuk terus melakukan tambah baik, bukan hanya but, tetapi dari segi pembangunannya supaya saya lebih selesa dengan but yang lebih ringan," katanya.

"Kami akan terus bercbincang untuk memperbaiki penampilannya."

Neymar juga mendedahkan dia dan rakan sepasukan di Barcelona, Lionel Messi, mempunyai persaingan peribadi ketika memakai kasut masing-masing di padang.

"Kami bergurau mengenai but, siapa pakai but hodoh akan dikutuk,' katanya.

Selepas menamatkan temu bualnya, Neymar meluangkan masa melawat kedai kasut popular dunia, Flight Club di Los Angeles sebelum berbelanja sebanyak £14,242, satu rekod baru untuk siri Sneaker Shopping.

Tags / Kata Kunci: Neymar , kasut , Flight Club

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan