Ronaldo Gerun Tengok Messi, Neymar

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo menamakan bintang Barcelona Lionel Messi dan Neymar sebagai dua pemain yang digeruninya ketika ini.

Malah, kedua-dua pemain itu menjadi pemangkin semangat kepada Ronaldo untuk terus mempamerkan prestasi tahap tertinggi di pentas Eropah.

Ronaldo berkata demikian dalam satu temubual semasa jelajah pra musim Real Madrid.

Namun Ronaldo berkata terdapat juga ramai pemain hebat buat masa ini yang perlu diberi perhatian oleh dirinya.

Antaranya, pemain Bayern Munich Robert Lewandowski dan Gonzalo Higuain dari Juventus.

"Untuk menamakan seorang agak sukar tapi tahap permainan saya seperti dalam sukan lain. Formula Satu (F1), NBA... pemain hebat sentiasa mengikut pemain hebat yang lain.

"Mereka mahu berada di atas kerana pemain hebat lain ada di sana. Anda tidak boleh berehat atau tertidur kerana pemain lain akan memintas anda.

"Sudah tentu kami bersaing dengan sesiapa sahaja, dengan Neymar, Messi, Lewandowski, Higuain dan pemain hebat lain di dunia. Ia satu persaingan yang sihat. Kami bersaing untuk menjadi yang terbaik.

"Ia jadi motivasi saya, untuk menjadi lebih baik dari mereka tahun demi tahun," kata Ronaldo.

Ronaldo dan Messi mendominasi Anugerah Ballon d'Or sejak 2008 dengan kedua-dua masing-masing memenangi empat dan lima trofi berprestij itu.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Lionel Messi , Neymar

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan