Piala Pengerusi Felda Platform Untuk Anak-Anak Peneroka

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 2:59 PM

Pasukan PBFW Alor Setar muncul juara pada edisi Piala Pengerusi Felda 2017l.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penganjuran Piala Pengerusi Felda yang memasuki tahun keempat menjadi platform terbaik kepada anak-anak peneroka untuk bergelar pemain bola sepak.

Jelas Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baharu Felda, Nik Hasrul Mohd Zainudin, penganjuran edisi 2017 membabitkan hampir 300 pemain dalam kalangan anak peneroka yang berpeluang mempamerkan bakat dimiliki.


"Memang terdapat pemain yang berbakat dengan barisan jurulatih Felda United turut turun padang dalam menilai pemain.

"Mereka akan dinilai dan seterusnya jika menepati kriteria akan diserapkan ke pasukan Piala Belia, Piala Presiden serta Akademi Bolasepak Felda (ABF) bagi mereka yang berusia 17 tahun ke bawah. Ia bakal membuka laluan mereka ke peringkat lebih tinggi iaitu menyertai Felda United suatu hari nanti," tambahnya.

Malah pihaknya turut gembira kerana beberapa pemain musim lalu ada yang sudah beraksi bersama pasukan tempatan yang lain.

"Ia satu perkembangan yang membanggakan kerana pemain yang lahir menerusi kejohanan ini mampu menarik perhatian pasukan lain.

"Malah sejak edisi awal pada 2014, terdapat peningkatan yang dipamerkan pemain dalam aspek permainan," katanya.

Piala Pengerusi Felda 2017 membabitkan 11 pasukan dari tanah rancangan bertanding selain sebuah pasukan dari ABF berlangsung sejak Mac lalu.

Wakili dari Kedah, Persatuan Bolasepak Felda Wilayah (PBFW) Alor Setar berjaya muncul juara buat kali pertama apabila menewaskan PBFW Kuantan 3-1 pada aksi final Sabtu lalu.

Tags / Kata Kunci: Piala Pengerusi Felda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan