Terima Kasih Teong Kim! - Penyerang Bayern Munich

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 2:19 PM

Thomas Muller.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG sensasi Bayern Munich, Thomas Muller terhutang budi kepada bekas pemain pertahanan Malaysia, Lim Teong Kim kerana berjaya menggilap bakatnya semasa beliau mengendalikan akademi remaja kelab Jerman itu 16 tahun lalu.

Teong Kim yang juga Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) pernah berkhidmat sebagai jurulatih di akademi remaja Bayern Munich sejak 2001 hingga 2013.

Selain Muller, Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger dan Toni Kroos antara nama-nama besar yang berjaya dilahirkan Teong Kim.

Muller dalam satu temubual bersama The Straits Times berkata beliau banyak belajar ilmu bola sepak daripada pengendali berusia 53 tahun itu.

"Saya banyak belajar daripada beliau. Dia bijak mengatur taktik dan memilih posisi yang tepat di atas padang.

"Dia merupakan jurulatih pertama, tempat saya belajar bola sepak dan saya menikmati tempoh sepanjang bersamanya," kata Muller.

Lim Teong Kim.

Ketika berusia 27 tahun, Muller menjaringkan 37 gol dalam perlawanan antarabangsa sekali gus menjadikannya pemain kesembilan terbaik dalam sejarah bola sepak Jerman.

Sementara itu, pencapaian 10 gol yang dijaringkan pada dua aksi final Piala Dunia bersama Jerman membolehkan Muller menghampiri rekod 16 gol yang dijaringkan Miroslave Klose dalam perlawanan tersebut.

Dalam temubual Teong Kim bersama The Sunday Times tiga tahun lalu, beliau memuji Muller di atas usaha kerasnya sehingga menjadi seorang pemain yang disegani.

"Dia mempunyai impian besar untuk berjaya, salah satu ciri-ciri penting selain kemahiran individu jika anda mahu pergi jauh.

"Semasa latihan kami sering melatihnya untuk merembat bola ke dalam kotak penalti, salah satu kunci utama corak permainannya ketika ini.

"Latihan itu kelihatan biasa tetapi Muller tidak cerewet untuk belajar," katanya.

Pada Mac lalu, Muller dikaitkan akan berhijrah ke Manchester United kerana kecewa selepas jarang diturunkan semasa di bawah pimpinan Carlo Ancelotti bagi musim 2016/2017.

Muller dilaporkan tertarik untuk bekerjasama bersama Jose Mourinho.

Malah, beliau sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford tetapi Bayern menolak tawaran yang dikemukakan terhadapnya.


Tags / Kata Kunci: Lim Teong Kim , Thomas Muller

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan