Saya Di United, Dia Di Chelsea

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG baharu Manchester United, Romelu Lukaku enggan disamakan dengan pemain legenda Chelsea, sebaliknya menjadikan dua bintang Portugal dan Poland sebagai idolanya.

Lukaku yang menjaringkan 25 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sudah menjaringkan dua gol pada aksi persahabatan dan dia mengakui masih belum mencapai tahap yang diimpikannya.

"Saya belum sampai ke tahap seperti Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski.

"Saya masih jauh untuk mencapai tahap itu. Tetapi ia adalah sasaran saya. Saya baru berusia 24 tahun. Saya tidak boleh katakan saya adalah pemain yang serba lengkap.

"Saya juga tidak boleh katakan saya sudah mencapai tahap maksimum. Masih banyak ruang untuk diperbaiki dan saya boleh mencapai ke tahap yang lebih baik," katanya.

Ditanya sama ada dia menjadikan penyerang Chelsea, Didier Drogba sebagai model, Lukaku enggan disamakan dengan legenda yang pernah beraksi di bawah kendalian Jose Mourinho itu.

"Tidak sebenarnya. Saya berbeza.

"Drogba merupakan pemain yang suka mengawal bola. Saya lebih suka bola yang dilorongkan dan berlari. Kami sangat berbeza.

"Kami mungkin mempunyai saiz yang sama tetapi sebenarnya berbeza.

"Saya Romelu Lukaku, saya mahu mencipta sejarah sendiri.

"Saya di United, dia di Chelsea," kata Lukaku. - Mirror.uk


Tags / Kata Kunci: Romelu Lukaku , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan