Klopp Tidak Panik, Harap Penyokong Bertenang

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KETIKA kelab lain berbelanja besar untuk memantap persediaan bagi menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris, Liverpool masih tenang pada jendela perpindahan kali ini.

Kedua-dua kelab Manchester, Chelsea dan Arsenal sudah mengeluarkan belanjar besar untuk pembelian mega seperti Alvaro Morata,  Alexandre Lacazette, Romelu Lukaku, Victor Lindelof, Kyle Walker dan Benjamin Mendy.

Namun Liverpool hanya mengeluarkan belanja dengan memecah rekod kelab untuk membeli pemain sayap AS Roma, Mohamed Salah.

The Kops dihampakan dengan kegagalan mendapatkan Naby Keita dari RB Leipzig dan Virgil van Dijk dari Southampton.

Tetapi di sebalik kegagalan itu, bos Liverpool, Jurgen Klopp ternyata tidak panik, sebaliknya yakin bahawa penyokong akan berbangga dengan keazamannya untuk menumpukan pada kualiti berbanding kuantiti.

"Selepas semusim beraksi, semua orang fikir bahawa musim perpindahan lebih menarik berbanding liga.

"Penyokong akan melihat pemain yang dibeli dan menganggap (pasukan berbelanja besar) sudah memenangi liga.

"Bagi saya, tidak semestinya membawa pemain baharu masuk. Kita sudah ada pemain yang hebat seperti Wijnaldum, Ragnar Klavan, Joel Matip, Sadio Mane dan kini pemain termahal kelab, Salah.

"Saya mahu melakukan perkara yang betul dan bukannya menenangkan penyokong dengan pembelian yang mahal.

"Jadi saya tidak mempunyai masalah. Banyak perkara yang perlu kami lakukan tetapi bukan jumlah pemain (dibeli).

"Hanya usaha untuk meningkatkan kualiti pasukan dengan latihan dan pemain yang berbeza," katanya. - Mirror.uk

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Jurgen Klopp

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan