Kelantan Mahu Cari Gol Awal

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 7:23 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kelantan perlu mencari gol awal ketika bertemu Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Rabu, kata ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail.

Beliau berkata ini penting agar skuad The Red Warriors kekal bersemangat untuk mengharungi 90 minit perlawanan memandangkan Kedah merupakan antara pasukan terkuat dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini.

"Kedah bukan lawan mudah dan pemain kita perlu berwaspada dengan kekuatan mereka. Justeru saya menuntut jentera serangan agar mempertajamkan penyudah bagi meraih gol awal.

“Saya akui Kelantan berdepan dengan jentera serangan yang tumpul ketika ini, namun saya yakin dengan taktikal baharu yang diterapkan, ia bakal merubah keseluruhan perlawanan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Zahasmi berkata beliau akan mempertaruhkan barisan pemain terkuat untuk berdepan pasukang Helang Merah walaupun Kelantan kehilangan beberapa pemain tonggak akibat kecederaan.

Beliau berkata kehilangan kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi dan penjaga Gol Khairul Fahmi Che Mat mungkin memberi kesan, namun dalam masa yang sama beliau yakin Kelantan mampu mempamerkan aksi cemerlang.

“Walaupun Kelantan kehilangan dua tonggak utama ketika ini, namun saya gembira moral pemain lain berada pada tahap terbaik,” katanya.

Kelantan kini berada pada kedudukan kesembilan Liga Super dengan 17 mata selepas mengharungi 17 perlawanan hasil daripada enam kemenangan, dua seri dan sembilan kekalahan.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Liga Super

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan