Perpindahan Javier Hernandez Untuk Tiga Tahun

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 7:18 AM

(Ubah saiz teks)

PEREBUTAN dua kelab ke atas bekas penyerang Manchester United, Javier Hernandez akhirnya terjawab.

West Ham menyempurnakan prosedur menandatangani bintang kelahiran Mexico itu daripada Bayer Leverkusen dengan nilai 16 juta pound sterling (RM89 juta).

Kontrak tersebut menjadikan Hernandez bakal dibayar sebanyak 140,000 pound sterling (RM780,000) seminggu sekaligus menamatkan pencarian West Ham untuk mendapatkan penjaring gol.

Kontrak untuk menandatangani 'Chicharito' sudah diumumkan pada minggu lalu dan kini ia disempurnakan apabila pemain tersebut tiba di London Independent Hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada Isnin.

Menurut laporan Eurosport, Pemain yang juga bekas penyerang Real Madrid itu kini milik Hammers dengan kontrak selama tiga tahun.

Bintang berusia 29 tahun itu menjadi pemain keempat yang dilamar West Ham ke Stadium Olimpik selepas Pablo Zabaleta, Joe Hart dan Marko Arnautovic.

Hernandez akan terbang ke Jerman untuk bertemu dengan bos baharu, Slaven Bilic dan rakan pasukannya pada kem latihan awal musim.

Pemain yang memulakan kariernya pada 2006 itu sebelum ini mempertimbangkan untuk bergabung dengan dua kelab liga Perdana Inggeris.

Dua kelab tersebut adalah Chelsea dan West Ham United yang sedang bersaing untuk mendapatkan Hernandez musim panas ini.

Jurulatih Chelsea, Antonio Conte telah terlepas sasaran utamanya Romelu Lukaku yang bergabung ke Manchester United dan usaha memburu Alvaro Morata dari Real Madrid dilihat tidak menampakkan kemajuan memberangsangkan.

The Blues sangat memerlukan penyerang baru untuk menggantikan Diego Costa yang akan bergabung kembali dengan Atletico Madrid walaupun berdepan hukuman larangan perpindahan pemain.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan