Chelsea Hantar Pulang Kenedy

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 4:53 PM

(Ubah saiz teks)

GARA-gara mengeluarkan komen jelik di media sosial, Chelsea telah menghantar pulang pemain Brazil, Kenedy ke England daripada menyertai siri jelajah pra musim pasukan itu di China.

Kenedy, 21, yang menandatangani kontrak Chelsea pada Ogos 2015 membuat kenyataan berbaur serangan di laman Instagramnya menjelang aksi persahabatan pra musim menentang Arsenal di Beijing pada Sabtu.

Salah satu posting yang dimuatnaik menunjukkan gambar seorang lelaki tertidur dengan kapsyen: "Bangun China. Anda *****.

Dia kemudian memadam posting tersebut.

"Perbuatan Kenedy adalah satu kesilapan yang akan dipelajarinya. Kelakuannya tidak mewakili keseluruhan pasukan dan tidak selari dengan harapan tinggi kelab dan keperluan ketat pemain mudanya. Dia telah ditegur atas perbuatannya itu.

"Sesiapa sahaja di Chelsea menghormati dan mengagumi China serta amat menyayangi penyokong di negara ini. Hanya kerana kelakukan ini, kesan negatif yang kita lihat sejak dua hari lalu telah mengejutkan dan menyedihkan kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana melukakan penyokong China," kata Chelsea dalam kenyataan di laman webnya.

Kenedy turut mengemukakan permohonan maaf selepas Chelsea menang 3-0 ke atas Arsenal dengan menegaskan dia tidak berniat untuk berbuat demikian.

"Hello kawan-kawan saya, saya hanya mahu minta maaf jika seseorang terguris hati atas perbuatan saya. Ia tidak berunsur perkauman tetapi hanyalah ungkapan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kenedy , Chelsea

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan