Ronaldo Nasihati Neymar - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Nasihati Neymar

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 7:29 PM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo menasihati Neymar supaya tidak meninggalkan Barcelona pada musim panas ini.

Sebaliknya, Ronaldo berkata pemain Brazil itu hanya boleh angkat kaki dari Nou Camp sekiranya menerima tawaran daripada Manchester United.

Bintang Real Madrid itu mempunyai hubungan rapat dengan Neymar kerana mereka mempunyai komitmen bersama penaja sukan gergasi dunia, Nike.

Ronaldo turut dipercayai telah menghantar pesanan mesej untuk menasihati Neymar mengenai situasinya.

Neymar dilaporkan bakal meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris Saint Germain (PSG) yang bersetuju untuk memenuhi klausa pelepasannya bernilai 197 juta pound sterling.

Tawaran itu turut bakal menyaksikan Neymar sebagai pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia.

Malah PSG dilaporkan sanggup membayar gaji sebanyak 500,000 pound seminggu kepada Neymar.

Difahamkan PSG sanggup berbelanja besar kerana ingin menjadikan pemain berusia 25 tahun itu sebagai ikon untuk mempromosikan jenama mereka di peringkat global.

Tags / Kata Kunci: Neymar , Cristiano Ronaldo
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan