Pemain Muda Buat Hal, Chelsea Mohon Maaf

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

JUARA Liga Perdana Inggeris, Chelsea memohon maaf secara terbuka kepada rakyat China susulan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh pemain muda kelab itu, Kennedy.

Pada Jumaat, Kennedy mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap rakyat China menerusi laman sosial, sekali gus mengundang kemarahan penduduk negara itu.

Pemain kelahiran Brazil itu diejek oleh penyokong China ketika Chelsea menang 3-0 ke atas Arsenal pada aksi persabahatan di Beijing pada 22 Julai lalu.

Peminat bola sepak China menegaskan bahawa tindakan pemain berusia 21 tahun itu sebagai berbaur perkauman, sekali gus membuatkan Chelsea memohon maaf atas perbuatan Kennedy.

The Blues menerusi satu kenyataan berkata, tindakan Kennedy tidak mewakili keseluruhan pasukan dan tidak mematuhi peraturan ketat kelab terhadap pemain muda kelab itu.

"Kennedy telah diberi amaran tegas dan dikenakan tindakan disiplin," jelas kenyataan tersebut. -  Mirror.uk

Tags / Kata Kunci: Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan