Pemain Real Madrid Kerumun De Gea Selepas Tewas - Bola Sepak | mStar

Pemain Real Madrid Kerumun De Gea Selepas Tewas

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

TUGAS David De Gea adalah membantu Manchester United menewaskan Real Madrid ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Juara-Juara Antarabangsa awal pagi ini.

Peliknya, selepas dia memastikan kejayaan buat United dengan menepis dua sepakan penalti, De Gea dikelilingi pemain Real.

Berikutan itu, media menghidupkan semula khabar angin mengenai perpindahan pemain berkenaan me Madrid walaupun Jose Mourinho berjanji ia tidak akan berlaku.

Permainan antara kedua-dua pasukan berlanjutan ke penentuan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

Bagaimanapun kecemerlangan De Gea semasa permainan dan penalti berjaya membawa United sebagai pemenang.

Cuma selepas keseluruhan perlawanan tamat, tiga pemain Real mendekati De Gea dan bersembang panjang.

Namun ia juga bukan sesuatu yang mengejutkan kerana De Gea adalah penjaga gol Sepanyol - rakan sepasukan kepada pemain Real yang rata-rata adalah pemain negara sama.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan