Banyak Buat Kesilapan Mudah - Jurulatih T-Team

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 12:31 PM

Pemain-pemain T-Team (putih) cuba menghalang Gabriel Cabrera pada aksi bertemu JDT Sabtu malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kesilapan mudah yang dilakukan pemain T-Team menjadi punca kekalahan teruk pasukan di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi, akui ketua jurulatih Rahmad Darmawan.

Kekalahan 1-6 itu bukan setakat mengecewakan penonton yang membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini tetapi turut melakar sejarah hitam apabila kalah buat pertama kali dalam Liga Super, namun Rahmad kekal positif  dan mahu T-Team menumpukan kepada lima perlawanan akan datang.

"Kita telah membuat kesilapan hingga pasukan lawan menjaringkan gol pertama hingga ketiga dan ia amat mengejutkan. Pada separuh masa kedua kita cuba perbaiki kesilapan itu… ia dilihat banyak membantu namun ketika itu telah tertinggal tiga gol.

"Ekoran beberapa keadaan saya terpaksa menukar pemain untuk membuat serangan tetapi pasukan lawan agak bijak dan pandai menggunakan situasi mengakibatkan segala perancangan yang dibuat tidak terlaksana," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai perlawanan.

Rahmad juga tidak menolak kejayaan JDT menguasai perlawanan berpunca daripada ketiadaan beberapa pemain tonggak T-Team termasuk Mamadou Samassa.

"Saya yakin kita masih mampu bangkit untuk memperoleh kemenangan dan hadapi situasi ini. Kita masih ada perlawanan dengan PKNS, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang,” katanya.

Dalam perlawanan semalam, gol tunggal tuan rumah hadir menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain import Joseph Yannick Ndjeng pada minit ke-83Gol pasukan pelawat pula disumbang oleh Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-22 dan ke-58,  Mohamad Ghaddar (ke-40), Kunanlan Subramaniam (ke-43), Mohamad Fadhli Shas (ke-77) serta  Gonzalo Gabriel Cabrera (ke-81).- Bernama

Tags / Kata Kunci: T-Team , Liga Super

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan