Skuad Ong Kim Swee Kembali Hidupkan Peluang

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 9:45 PM

-foto asiana.my

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Malaysia  menghidupkan peluang untuk mengintai tiket ke pusingan akhir selepas menewaskan Mongolia 2-0 pada kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) di Stadium  Nasional Supachalasai di sini, Ahad.

Skuad Datuk Ong Kim Swee mengutip tiga mata berharga pada perlawanan terakhir Kumpulan H itu bagi membuka peluang ke pusingan akhir di China, Januari depan, sementara menunggu keputusan antara Thailand dan Indonesia lewat hari Ahad.

Sekiranya, Thailand menewaskan Indonesia, anak buah Worawot Srimaka akan layak secara automatik ke pusingan akhir sebagai juara kumpulan, manakala Malaysia muncul sebagai naib juara kumpulan.

Bagaimanapun, Malaysia masih berpeluang layak ke pusingan akhir sekiranya muncul antara lima pasukan terbaik naib juara kumpulan dalam kejohanan yang dibahagikan kepada 10 kumpulan itu.

Turun dengan misi wajib menang, Malaysia, yang mengutip tiga mata selepas mengalahkan Indonesia 3-0 dan kalah kepada Thailand dengan jaringan sama, memulakan perlawanan dengan agresif apabila Muhammad Akhyar Rashid terlepas peluang keemasan pada awal perlawanan.

Malaysia terus menguasai perlawanan namun gagal membuat penyudahan pada separuh masa sebelum  bangkit sebaik sahaja aksi babak kedua  bermula dengan penyerang N. Thanabalan membuka tirai jaringan pada minit ke-51.

Gol pembukaan tersebut menyuntik semangat pemain apabila mula mengatur asakan sebelum memperkukuhkan kedudukan dengan jaringan Muhammad Syazwan Zaipol Bahari pada minit ke-86.

Biarpun dibelasah 7-0 oleh Indonesia sebelum ini, Mongolia tetap memberi saingan dengan mengatur serangan balas namun pasukan itu menerima nasib malang apabila Uuganbat Bat Erdene dibuang padang pada minit ke-56 akibat terjahan keras terhadap pemain Malaysia.

"Hari ini, kami membuat lima pertukaran dalam usaha memberikan tenaga baharu kepada pasukan selepas pemain keletihan bermain dua perlawanan dalam tempoh lima hari, Langkah ini berhasil dan kita dapat mengatur gerakan menarik yang membawa kepada jaringan,” kata Kim Swee.

Malaysia menamatkan aksi kelayakan kumpulan dengan enam mata manakala Mongolia tercorot dalam kumpulan dengan satu mata selepas seri 1-1 dengan Thailand. 
-Bernama
Tags / Kata Kunci: Piala AFC , B-23 , Ong Kim Swee

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan