Wenger 'Bikin Panas'

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 7:40 AM

Arsene Wenger

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger, melontarkan komen panas menjelang perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) 2017 menentang Chelsea di Stadium Nasional Beijing, Sabtu.

The Gunners dan The Blues 'bermusuh' apabila sama-sama bersaing untuk menjadi kelab terbaik di London.

Wenger menganggap pertemuan ini tidak akan berlangsung sebagai perlawanan persahabatan.

Pengurus dari Perancis itu percaya kedua-dua pasukan mahu menunjukkan kehebatan masing-masing.

"Pertandingan itu sukar dijangka, walaupun ini merupakan perlawanan persahabatan antara Chelsea dan Arsenal ia tidak boleh disebut persahabatan," kata Wenger memetik FourFourTwo.

"Kedua-dua pasukan memiliki keinginan untuk menunjukkan kehebatan. Kami telah berdepan Chelsea di Piala FA, melawan mereka di Perisai Momuniti," katanya.

Bagaimanapun Wenger yakin pasukannya mampu mengalahkan Chelsea.

Pada musim 2016-2017, Arsenal dan Chelsea bersua sebanyak tiga kali dalam keseluruhan perlawanan. Dari jumlah tersebut, The Gunners unggul dengan dua kemenangan dan kalah sekali.

Secara keseluruhan, Arsenal dan Chelsea telah bertemu dalam 190 pertandingan dengan 74 kemenangan memihak kepada The Gunners, 54 seri, dan Chelsea menang 62 kali.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , ICC 2017

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan