Terengganu Kuasai Persada Liga Perdana

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 8:59 AM

Pemain JDT II Shafiq Shaharudin (tiga, kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang UiTM FC pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Terengganu berjaya memintas pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur untuk mendapatkan tempat teratas carta selepas menewaskan pasukan itu 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini malam Jumaat.

Skuad Penyu membuka jaringan menerusi pemain import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre, namun pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang import dari Brazil, Guilherme de Paula pada minit ke-63.

Terengganu bagaimanapun berjaya mengesahkan tiga mata penuh apabila pemain import dari Brazil, Gabriel Davis melengkapkan penalti pada minit ke-89 perlawanan sekali gus menjadikan Terengganu menguasai carta dengan 37 mata daripada 17 perlawanan, manakala Kuala Lumpur berada di tempat ketiga dengan 35 mata.

Negeri Sembilan yang menduduki tempat ketiga sebelum ini, mara ke tempat kedua dengan 36 mata selepas membenam Kuantan FA 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pemain import dari England, Lee Andrew Tuck meletakkan skuad tuan rumah di hadapan pada minit ke-16 menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain Kuantan FA, sebelum pemain kelahiran Perancis, Jonathan Behe meningkatkan jurang melalui jaringan pada minit ke-39 dan 72.

Johor Darul Ta'zim (JDT) II pula mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang hasil jaringan Shafiq Shaharudin pada minit ke-16.

Sementara itu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-0 di Stadium Proton, Tanjung Malim.

Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-18 dan 28 manakala Mohamad Hafiz Ramdan dan pemain  import dari Korea Selatan, Kim Hyeon Woo masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-24 dan 55.

Perlis menggunakan peluang beraksi di laman sendiri dengan baik untuk keluar dari zon penyingkiran apabila membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Skuad Singa Utara membuka jaringan menerusi penyerang import dari Zambia, Makeche Ndumba pada minit ke-23 sebelum Muhammad Yasir Hanapi menyamakan kedudukan pada minit ke-45, namun Perlis mengesahkan tiga mata penuh menerusi jaringan Mohd Saiful Basir (min 80) dan Makeche (min 90).

Dua jaringan awal Sabri Sahar pada minit ke-15 dan 27 membantu Sabah menewaskan pasukan tercorot liga MISC-MIFA 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu manakala MISC-MIFA berjaya mengurangkan defisit menerusi pemain import dari Liberia, Kpah Sean Sherman pada minit ke-55. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana , Skuad Penyu

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan