Morata Sah Ke Chelsea!

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 7:19 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA sah menandatangani penyerang Real Madrid, Alvaro Morata.

Morata sebelum ini dijangka menyertai Manchester United tetapi perjanjian itu tidak berlaku apabila mereka sebaliknya menandatangani Romelu Lukaku.

Penyerang dari Sepanyol berusia 24 tahun itu telah mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus dan rakan sepasukannya awal minggu ini untuk menandatangani kontrak lima tahun dengan The Bules.

Morata berkata: "Saya sangat gembira berada di sini. Menjadi sebahagian daripada kelab besar ini adalah satu perasaan yang luar biasa. Saya sedang berusaha untuk bekerja keras, menjaringkan sebanyak gol yang saya mampu dan memenangi trofi sebanyak mungkin."

Pengarah Teknikal, Michael Emenalo memberitahu laman web Chelsea: "Kami gembira dapat menandatangani Alvaro dan mengalu-alukannya ke kelab ini. Kami percaya dia boleh memberi impak besar kepada Chelsea dan berharap dapat melihat dia beraksi dengan baik.

"Alvaro telah membuktikan kelas di peringkat tertinggi dan kualitinya akan menjadi aset besar bagi Antonio dan skuad."

Morata juga pernah bermain untuk Juventus dan kembali ke Real selepas mereka melakukan klausa pembelian pada 2016. Yuran dipercayai bernilai kira-kira £70 juta.

Tags / Kata Kunci: Alvaro Morata , Chelsea

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan